20110430

again =.='

haih, x habis2!
igt dh okey....

20110416

aku tanya, Dia jawab

Kita bertanya: KENAPA AKU DIUJI?

Allah menjawab:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” - Surah Al-Ankabut:2-3

Kita bertanya: KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?

Allah menjawab:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah: 216

Kita bertanya: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah menjawab:

“Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” -Surah Al-Baqarah: 286

Kita bertanya: KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?

Allah menjawab:

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” -Surah Ali-Imran: 139

Kita bertanya: KENAPA MESTI BERSABAR?

Allah menjawab:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dapri kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)” -Surah Al-Imran: 200

Kita bertanya: BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Allah menjawab:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya (solah) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khuyuk” -Surah Al-Baqarah:45

credit to : Flowers of Love

20110415

niat



salam
greetings to all (^^,)

tadi....

mase usrah

ad seorg sahabat tanya naqibah kami

"akak, akak...cmne ye nk belajar kerana Allah?
tambah2 lagi musim test ni.kadang2 niat tu boleh terpesong"

pap! *terasa sgt2

kenela betulkan niat kan?

tapi....

cakap memangla senang =.='

pastu, akak pun jawab

"xpe la dik,memang susah.
yang penting doa"

~


20110414

untuknya ~


sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
kuatkanlah ikatannya
teguhkanlah cintanyatujukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
lapangkanlah dada kami
dengan kurniaan iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan makrifatMu
matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

salah!


A: salah!
B: ape yang salahnye????
A: ntah la...banyak sangat salah aku :(
B: ape yang banyak????habaq mai skit
A: ape2 je la
B: haih,budak ni. =.='







faith ~

Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.

Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?

Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.

Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?

Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.

Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-

Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

(^^,)

20110413

dia datang lagi...




oh, tidak!....
next week dah study week----> final exam
sejujurnye, memang sgt risau.....
sem lepas cgpa x lepas (umi ngn abah pun kecewa)

bukan nk pentingkan pointer ke ape...
tp nk buat yang terbaik dlm ape2 je (DnT jugak,iA...)
dlm tgh2 risau tu
ad org pesan : "ok,chaiyok yda....do ur best in the best way"
hmm, i wonder
the best way tu cmne ????

cmni la katenye...
erk, adakah aku dah buat sume checklist tu ye?
haih, xmampu nk jawab....

ape2 pun
masih blom terlambat
jom start skarang!!!

\ (>_<) /










20110412

if...

20110410

buat diriku,dirinya, dan mereka ~

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.

Memang seperti itulah dakwah.

Teruskan berlari.

Dan jangan pernah berhenti.


20110409

maaf...sorry...미안 해요


I am human. I am not perfect

I'm not the best servant of the Almighty God,
I'm not the best daughter,
I'm not the best friend,
I'm not the best leader,
I'm not the best follower,
I'm definitely no angel,
Who never does any wrong... ~




kuKeciwa... :(


pelik...
dgn manusia zaman sekarang
adakah disebabkan dunia,
sahabat semasa susah senang sanggup dijadikan seperti orang luar????
dan juga....
kecewa dengan dia
adakah kerana dia merasakan lebih hebat, lebih profesional,
sahabat dijadikan lawan...?

ape2 pun...
smoga selepas ini, dia akan berubah kembali
akan menjadi orang yang kami kenali dulu...
orang yang kami sayangi, kami cintai
orang yang berukhuwwah fillah dengan kami...
sahabat yang sering mengingatkan kami untuk tetap terus dijalan ini
teman yang sering memberi idea dan pandangan bernas ketika kebuntuan

bukannya
seorang ahli korporat yang 'profesional'
seorang yang sering bekerja kuat sehingga mengabaikan rakan
seorang yang suka membangga diri dan egois
seorang yang sering menjauhkan diri
seorang pelajar dan pekerja hebat yang suka memandang rendah kebolehan orang lain

namun
kami sedar....
masa mematangkan seseorang
ujian serta cabaran juga boleh mengubah seseorang itu
menjadi lebih baik atau sebaliknya
hati kita juga Allah swt yang pegang


kami rindukan dia
rindukan seorang sahabat yang suka mengambil berat
kawan yang sentiasa menceriakan suasana
saudara yang setia dan sering menghiburkan
teman yang sering dijadikan curahan perasaan

kami perlukan dia
sebagai penguat di jalan ini
penaik semangat ketika futur dan lemah di jalan ini
pengingat ketika lupa...
penghibur ketika duka dan berputus asa

kepada si dia...
ampun maaf dipinta
atas kesalahan2 kami
sekiranya dia rasa terabai,
sekiranya kami terlalu mengharapkan sesuatu drpd dia

Ya Allah....
kami mohon ampunkanlah dosa lalu kami
berilah kami peluang Ya Allah, untuk bersama-sama seperti dahulu lagi
sesungguhnya kami sangat2 rindukan dia
suburkanlah hati kami dengan kemanisan iman dan ukhuwwah

Ya Allah, Ya Rabbi
semoga dia dan kami tetap thabat di jalan ini
Amin....





di sini bermula segalanya ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers