20110409

kuKeciwa... :(


pelik...
dgn manusia zaman sekarang
adakah disebabkan dunia,
sahabat semasa susah senang sanggup dijadikan seperti orang luar????
dan juga....
kecewa dengan dia
adakah kerana dia merasakan lebih hebat, lebih profesional,
sahabat dijadikan lawan...?

ape2 pun...
smoga selepas ini, dia akan berubah kembali
akan menjadi orang yang kami kenali dulu...
orang yang kami sayangi, kami cintai
orang yang berukhuwwah fillah dengan kami...
sahabat yang sering mengingatkan kami untuk tetap terus dijalan ini
teman yang sering memberi idea dan pandangan bernas ketika kebuntuan

bukannya
seorang ahli korporat yang 'profesional'
seorang yang sering bekerja kuat sehingga mengabaikan rakan
seorang yang suka membangga diri dan egois
seorang yang sering menjauhkan diri
seorang pelajar dan pekerja hebat yang suka memandang rendah kebolehan orang lain

namun
kami sedar....
masa mematangkan seseorang
ujian serta cabaran juga boleh mengubah seseorang itu
menjadi lebih baik atau sebaliknya
hati kita juga Allah swt yang pegang


kami rindukan dia
rindukan seorang sahabat yang suka mengambil berat
kawan yang sentiasa menceriakan suasana
saudara yang setia dan sering menghiburkan
teman yang sering dijadikan curahan perasaan

kami perlukan dia
sebagai penguat di jalan ini
penaik semangat ketika futur dan lemah di jalan ini
pengingat ketika lupa...
penghibur ketika duka dan berputus asa

kepada si dia...
ampun maaf dipinta
atas kesalahan2 kami
sekiranya dia rasa terabai,
sekiranya kami terlalu mengharapkan sesuatu drpd dia

Ya Allah....
kami mohon ampunkanlah dosa lalu kami
berilah kami peluang Ya Allah, untuk bersama-sama seperti dahulu lagi
sesungguhnya kami sangat2 rindukan dia
suburkanlah hati kami dengan kemanisan iman dan ukhuwwah

Ya Allah, Ya Rabbi
semoga dia dan kami tetap thabat di jalan ini
Amin....





No comments:

Post a Comment

di sini bermula segalanya ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers